Ahli Politik Jimat Minyak?

Tak pasti sepatutnya berita betul atau berita lawak. Hari ini dalam Facebook, kecoh video alat seperti tampon atau kertas yang dikatakan boleh menjimatkan minyak.

Alat  tersebut perlu diletakkan di dalam tangki minyak dan akan menjadikan motosikal anda berkuasa 100%. Dikatakan enjin motosikal sebelum ini hanya beroperasi pada kadar sekitar 80-90% sahaja.
Alat ini juga akan mengurangkan asap kenderaan kerana enjin beroperasi secara optimum.

Yang lebih power (lawak?), ianya akan diberikan dengan harga diskaun oleh sebuah parti politik (disebut dengan jelas dalam video tersebut).

Tahniah.. Errr atau takziah? Jangan disalahertikan kata-kata ku ini...

Comments

Popular posts from this blog

24 Jam Yang Mencabar, 1600KM Ditempuhi

MR DIY Kini Menjual Aksesori Motosikal