24 Jam Yang Mencabar, 1600KM Ditempuhi
1000 batu atau 1600km dalam masa 24 jam... Kerja gila gak tu... Tapi tentu nya exciting dan penuh cabaran untuk bikers nubis macam saya. Tetapi saya pernah membaca yg di Malaysia dah ramai bikers yg pernah melakukan nya. Kata org, jika nak merasai, kenalah buat sendiri dan dapatkan pengalaman itu. Setelah 2-3 minggu mengumpulkan kawan2 dan rakan2 yg baru saya kenali, kami dapat satu group dgn keahlian sebanyak 7 orang. Semuanya dgn impian yang sama, utk pengalaman peribadi dan kepuasan bermotor. Kami semua bersetuju dengan keutamaan seperti berikut; 1)Semua pulang dgn selamat. 2)Semua complete route. 3)Semua cuba sampai dalam masa ditetapkan. 4)Ianya tak mengapa kalau kita failed. Kita cuma mahukan pengalaman nya sahaja. 5)Ini bukan perlumbaan. Ianya mengenai displin ride berkumpulan. 9/9/17 06:00, odometer:9772km kami semua berkumpul di Bard Cafe, Kg Jawa Klang utk memulakan trip 24 jam ini. Zamri dari Butterworth telah memulakan perjalanan malam tadi utk bersama2 kami ...