Posts

Showing posts from September, 2017

24 Jam Yang Mencabar, 1600KM Ditempuhi

Image
1000 batu atau 1600km dalam masa 24 jam... Kerja gila gak tu... Tapi tentu nya exciting dan penuh cabaran untuk bikers nubis macam saya. Tetapi saya pernah membaca yg di Malaysia dah ramai bikers yg pernah melakukan nya. Kata org, jika nak merasai, kenalah buat sendiri dan dapatkan pengalaman itu. Setelah 2-3 minggu mengumpulkan kawan2 dan rakan2 yg baru saya kenali, kami dapat satu group dgn keahlian sebanyak 7 orang. Semuanya dgn impian yang sama, utk pengalaman peribadi dan kepuasan bermotor. Kami semua bersetuju dengan keutamaan seperti berikut; 1)Semua pulang dgn selamat. 2)Semua complete route. 3)Semua cuba sampai dalam masa ditetapkan. 4)Ianya tak mengapa kalau kita failed. Kita cuma mahukan pengalaman nya sahaja. 5)Ini bukan perlumbaan. Ianya mengenai displin ride berkumpulan. 9/9/17 06:00, odometer:9772km kami semua berkumpul di Bard Cafe, Kg Jawa Klang utk memulakan trip 24 jam ini. Zamri dari Butterworth telah memulakan perjalanan malam tadi utk bersama2 kami

Lagi Gambar Sparepart Di MR DIY

Image
Lagi gambar sparepart motosikal di  MR DIY . Bolehlah dapatkan dengan harga TETAP. Absorber & Brake Lever Apa ni? Racun RcB.. Lagi racun RcB Helmet ARC Sumber : FB Sarjan lokasi: AEON Mall Bandar Baru Klang(Bukit Raja).. lokasi lain di Klang: Harbour Palace,Klang

Harga Murid & HDEO..

Image
Hari ni kebetulan masuk dalam web pandulaju. Ada kamus bikers. ada 2 perkataan (term) yang agak nostalgia.. Harga Murid dan HDEO. Kalau ada je terma ni, mesti topik akan jadi sangat panas.. Tak semuttt..

Tahniah Hafizh Syahrin Pescao 55

Image
MalaysianBikers.com mengucapkan Tahniah di atas kejayaan podium kedua dalam karier Hafizh Syahrin Abdullah yang dicapai selepas perlumbaan di Grand Prix San Marino, semalam. Hafidz berjaya mendapat tempat ke3 dalam kategori Moto2. Tahniah dan semoga akan menjadi semangat pelumba Malaysia. foto : motogp.com

MBC Kini 16 Tahun

Image
Sticker MBC Versi Ke2 MalaysianBikers.com kali pertama di internet pada 09 September 2001. Masuk tahun 2017, bermakna sudah 16 tahun domain ini didaftarkan. Server sudah banyak kali berpindah randah. Jadi tak banyak yang saya ada. 2017, cuba untuk kembalikan sedikit nostalgia. Saya cuba hidupkan MBC as-is. Zaman sudah berubah. Antaramuka MBC 2001 Pada awalnya, MBC lebih kepada portal berita sumbangan pembaca yang juga dianggap ahli MBC. Tahun-tahun berikutnya, ianya lebih popular dengan ruangan forum bersoal-jawab. Selain fungsi chatbox. Topik-topik perbincangan Banner web 2003. Kalau tak silap ciptaan Asrulz Ride Report (Reen, Aman, Zek, Joe, Abol) Family Day 2002 di Port Dickson

VX 1000miles Troopers Berjaya Pusing Semenanjung Dalam Masa 23 Jam 16 Minit.

Image
1600 Kilometer Pusing Satu Semenanjung. 23jam 16 minit. Ride ini cuma untuk pengalaman peribadi dan kepuasan bermotorsikal. Alhamdulilah .. Riders dari VX 1000miles Troopers telah selamat sampai ke Bard Cafe pada jam 0616hour, Sept 10 2017. Riders telah tiba dilokasi berikut selepas bertolak pada jam 7 pagi dari Klang. 09:21 Simpang Pulai, Perak. 12:25 Bukit Timah, Kupang, Kedah. 15:12 Jeli, Kelantan. 17:55 Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu. 19:59 Bukit Besi, Dungun, Terengganu. 22:05 Pekan, Pahang. 00:55 Mersing, Johor. 04:12 Air Keroh, Melaka. 06:16 Klang, Selangor. Senarai Riders yang menjayakan ride VX 1000miles Trooper pada 9 September 2017 1) Suzali Fauzi Bin Othman 2) Abu Bakar Bin Musa 3) Johari Bin Atli 4) Fikri bin Mohd@Mokhtar 5) Edwin Gan Chee Seng 6) Mohamad Zamri bin Zakaria 7) Mohd Khairizad bin Mohd Asri Tahniah dari kami. Gambar-gambar sumbangan peserta ride iaitu Abg Jaa

Ahli Politik Jimat Minyak?

Tak pasti sepatutnya berita betul atau berita lawak. Hari ini dalam Facebook, kecoh video alat seperti tampon atau kertas yang dikatakan boleh menjimatkan minyak. Alat  tersebut perlu diletakkan di dalam tangki minyak dan akan menjadikan motosikal anda berkuasa 100%. Dikatakan enjin motosikal sebelum ini hanya beroperasi pada kadar sekitar 80-90% sahaja. Alat ini juga akan mengurangkan asap kenderaan kerana enjin beroperasi secara optimum. Yang lebih power (lawak?), ianya akan diberikan dengan harga diskaun oleh sebuah parti politik (disebut dengan jelas dalam video tersebut). Tahniah.. Errr atau takziah? Jangan disalahertikan kata-kata ku ini...

Pusing Semenanjung Dalam Masa 24 Jam

Image
Impian . Semua orang mempunyai impian. Minggu ini sekumpulan bikers akan mengelilingi Semenanjung Malaysia sejauh 1600km dalam masa 24 jam. Salah seorang penggerak ialah Abg Jaa, yang juga diantara ahli terawal MBC 2001. Ride akan bermula di Kelang selepas Subuh 9hb September dan akan tiba di semula sebelum Subuh 10hb September 2017. Dari Kelang ke Utara, Pantai Timur dan seterusnya ke Selatan. Kami di MalaysianBikers.com mengucapkan "Selamat Menunggang, semoga selamat semuanya." Boleh follow di FB Jaa Suzali.

RXZ Paling Rare Dijumpai

Image
Gambar Sumber FB RXZ Bosozoku? Rare? Hobi kami mahal? Kami x ramai? Ramai yang mengutuk kehadiran Yamaha RXZ dengan konsep Bosozoku. Memang Rare tapi telinga kena tahan cacian. Apa itu bosozoku? Dari Wikipedia "Bōsōzoku (暴走族, literally "running-out-of-control (as of a vehicle) tribe") is a Japanese youth subculture associated with customized motorcycles." Gambar Sumber Internet Bosozuku pada asalnya adalah gang motosikal. Mereka membuat pelbagai kesalahan seperti memandu terlalu laju atau terlalu perlahan, menguasai highway dan jalan raya, tidak membayar tol dan lain-lain. Kini, Bosozoku merupakan subculture belia bermotosikal. Motosikal naked dipasang top cowling dan dipadankan dengan handle tinggi. Mereka mengubahsuai ekzos dengan bunyi-bunyian yang sedikit 'pelik'. Gambar Sumber Internet Jadi jangan pelik ye. Hobi masing-masing. Duit pun masing-masing. 

3 Motosikal Lagenda Sebelum Era Millennium

Image
3 motosikal yang boleh dikira lagenda pada zamannya. Bukan semua mampu milik pada masa itu, namun itulah impian hampir semua peminat motosikal pada zaman itu. Kemampuan membeli mula meningkat, jadi meningkat juga kemampuan untuk membeli motosikal. Dari C70 ke EX5 dan seterusnya RXZ.  Honda C70 - Sumber Internet Honda C70 bermula lebih awal. Lanjutan dari model C50. Model awal lampu bulat, gear belakang dan seterusnya model yang lebih moden dengan CDI dan lampu petak. Honda EX5 - Sumber Internet Honda EX5 mula mendapat perhatian apabila mula diperkenalkan. Kebanyakkan peminat upgrade dari C70 ke EX5. Rekabentuk lebih moden dan CC yang lebih besar. Yamaha RXZ - Sumber Internet Yamaha RXZ diperkenalkan dengan model 5-speed. Memang menjadi igauan anak muda pada ketika itu. Seterusnya dengan model 6 speed dan kini, ianya masih tetap lagenda.

MR DIY Kini Menjual Aksesori Motosikal

Image
MR DIY, gedung menjual barang-barang pelbagai kini menambah barangan terbaru iaitu aksesori motosikal. Buat permulaan beberapa jenama diperkenalkan iaitu Bateri Koyoko, ARC Helmet & Pelincir Castrol. Ini pasti memberi saingan kepada kedai-kedai sparepart dan yang paling penting memudahkan pembeli yang jenis pasang sendiri (DIY). Kedai-kedai MR DIY berjumlah 300 buah diseluruh negara akan memudahkan lagi pembelian. Namun begitu, pada masa ini hanya kedai-kedai terpilih sahaja yang menjual aksesori ini. Untuk maklumat lanjut boleh melawat FB MR DIY. Yang terbaru, khabarnya barang-barang berjenama Racing Boy juga akan turut memeriahkan MR DIY. Kita tunggu sajalah..